Wednesday, August 23, 2017

Sejarah

 

 
SEJARAH SANDAKAN FM


RTM Sandakan wujud pada 2 Mei 1986 dan pejabatnya terletak di Tingkat 6 Wisma Perseketuan Sandakan yang mana jaraknya lebih kurang 11 Km dari Pusat Bandar Sandakan. Pada ketika itu, hanya seorang pegawai sahaja ditempatkan di Pejabat dengan tugas utamanya membuat liputan peristiwa yang berlaku di Bahagian Sandakan. Bahan-bahan liputan berakam kemudiannya dihantar ke RTM Sabah untuk disiarkan di Radio Malaysia Kota Kinabalu melalu saluran Rangkaian Nasional dan Rangkaian Biru. Tercipta satu lagi sejarah bagi bidang penyiaran di Negeri Sabah khususnya dan bahagian Sandakan khasnya apabila siaran dari Studio Radio Malaysia Sandakan dilancarkan pada 5 Januari 1992 oleh Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah, Tuan Hj. Aziz Abbas.

Siaran Radio Malaysia Sandakan pada ketika itu dipancarkan melalui alat Pemancar AM (MW) 783 KHz berkuasa 10kW yang terletak di Rancangan Sungai Manila Sandakan. Lingkungan jarak pemancaran lebih kurang 50km radius sahaja. Mulai 26 Mac 2003, siaran Radio Malaysia Sandakan dipancarkan melalui Alat Pemancar FM90.1 MHz berkuasa 1KW yang dipancarkan dari Bukit Trig Sandakan. Dengan naik taraf pemancar siaran Radio Sandakan dari MW kepada FM, siaran Radio Malaysia Sandakan bertambah meluas dan dapat mencapai sasaran kawasannya.

pada 31 Ogos 1998, nama Radio Malaysia Sandakan telah ditukar kepada Radio Malaysia Sabah Siaran dar Sandakan dengan tagline 'Mesra Sepanjang Masa'. Selepas Penjenamaan semua stesen Radio pada 2005, Radio Malaysia Sandakan dikenali dengan Sandakan fm dengan tagline 'Bersamamu'.

Selari dengan keperluan semasa serta memenuhi pendengar secara talian internet, Sandakan fm juga telah memulakan siaran radio menerusi 'audio streaming' pada 25 Ogos 2009 menerusi http://219.94.81.110.800/. Sasaran perkhidmatan tersebut bukan saja meliputi daerah luar Sandakan tetapi sehingga ke Semenanjung Malaysia dan Sarawak selain memperkenalkan daerah Sandakan ke seluruh dunia.

Ketua Pejabat Sandakan yang pertama ialah Encik Norman Ajak dengan gelaran Pengawal Penyiaran Sandakan bermula 2 Mei 1986 sehingga 7 Mac 2008 apabila beliau bersara pada 8 Mac 2008. Tugas itu kemudian diambil alih oleh Encik Amir Amit Alam secara pemangkuan bermula 8 Mac 2008 sehingga 14 Mei 2008. Bermula 15 Mei 2008 sehingga kini jawatan itu kemudiannya diambil alih oleh Encik Razali Hj Baba pada 1 Jan 2010, nama gelaran Pengawal Penyiaran Sandakan diubah kepada Pengurus Penyiaran Sandakan.

Pada tahun 2011, Encik Razali Haji Baba telah bertukar ke Kota Kinabalu dan jawatan pengurus penyiaran telah diambilalih oleh Encik Francis Fahir. Setahun kemudian Encik Francis Fahir telah diarahkan untuk kembali ke Unit Berita RTM Sabah di Kota Kinabalu. Pada tahun 2012, jawatan pengurus penyiaran Sandakanfm telah diisi Puan Anissah MD Yunos sehingga kini.

 

Web Radio via Smartphone

porn Porn